Tuesday, November 9, 2010

1.1 Pertapakan SHTI di Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI.
a)Pangkalan tentera
British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India.Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.

b)Pelabuhan Persinggahan
Pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air,makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton,China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

c)Pusat Pengumpulan Barang
SHTI memerlukan teh dari negara China.Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah.Sebagai tukaran,negara China mahukan emas,perak,bijih timah dan lada hitam.Barang-barang ini boleh didapati di Kepulauan Melayu.Oleh itu,Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.

Kedaulatan Kedah Tercabar
Pada kurun ke-16,Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.Usaha mengekalkan kedaulatan Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi tentangan  dan cabaran dari dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis
Pada tahun 1770,Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.Pelantikan tersebut tdak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.Meraka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis.Pada tahun 1771,firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.Satu perjanjian telah ditandatangani tetapi sultan telah membatalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis.

Ancaman Siam
Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam.Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas,wang serta tenaga manusia.Sultan Kedah berasa terancam lalu meminta bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang

SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu terjejas akibat dasar monopoli Belanda.SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang.

                       Perjanjian Inggeris -Kedah 1786
Antara syarat perjanjian ialah:
  1. SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
  2. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
  3. SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan.

Pada 11 Ogos 1786,upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan.Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Price of Wales Island dan petempatan mereka sebagai Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III.

SHTI Mungkir Janji
Pada tahun 1786,Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah.Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan dari SHTI.Namun SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam perjanjian antara Sultan Abdullah dan Francis Light dan ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.Sultan mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji.Francis Light enggan meninggalkan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh sultan.Sultan Abdullah berasa marah dengan tindakan Francis Light.Pada tahun 1791,sultan telah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang  dan mengambil semula Pulau Pinang.Francis Light telah meminta bantuan tentera British  untuk menyerang kubu sultan Kedah di Seberang Perai.Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.SHTI telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi.Sebagai ganjaran,SHTI akan membayar sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepeda Sultan Abdullah.


1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai
SHTI memerlukan Seberang Perai sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang  dan untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang.SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.Baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800.

                                        Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
Antara syarat perjanjian ialah:
  1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai.
  2. SHTI akan membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
SHTI memungkiri janji kerana bantuan tidak diberi apabila Siam menyerang Kedah pada bulan November 1821.Rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatan ,tetapi akhirnya Kedah ditakluki oleh Siam.Pada bulan Jun 1826,Raja Siam iaitu Rama III telah menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok.Perjanjian tersebut dikenali sebagai Perjanjian Burney.

                                                       Perjanjian Burney 1826
Antara syarat perjanjian ialah:
  1. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.
  2. Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinngal di Kedah,Pulau Pinang,Seberang Perai,Perak,Selangor dan Burma.
  3. British tidak akan membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.
  4. Britsh akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah,dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.
  5. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

1.4 PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA


SHTI GAGAL MEMAJUKAN PULAU PINANG
1.Pulau Pinang gagal memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan barang dagangan seperti yang
   dikehendaki oleh SHTI.

2.Kedudukan Pulau Pinang terlau jauh di utara Selat Melaka,sedangkan kebanyakan kapal dagang
   menjalankan perdagangan di Betawi Riau dan Lingga di selatan Selat Melaka.

3.Oleh kerana pedagang-pedagang asing bertumpu di selatan Selat Melaka,Pulau Pinang tidak dapat
   bersaing sebagai pelabuhan di Gugusan Kepulauan Melayu.

4.Sementara itu,SHTI memerlukan sebuah pelabuhan di selatan Selat Melaka untuk menguasai
   perdagangan di antara India dengan China.

5.SHTI mula menitikberatkan perdagangan dengan China kerana  barang dagangan dari China seperti 
   teh,sutera,kapas dan bahan pencelup semakin mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah.

6.SHTI mendapat peluang untuk menguasai Betawi dan Melaka apabila meletusnya Perang Napoleon di
   Eropah pada tahun 1793-1814.

7.Peluang ini diperoleh melalui Surat-surat Kew 1795.

PERANG NAPOLEON
Perang Napoleon meletus di Eropah pada tahun 1793-1814 di antara Belanda dengan Perancis.Dalam peperangan tersebut,negara Belanda ditawan oleh Perancis.Perancis cuba menguasai tanah jajahan Belanda di Timur.Untuk mengelakkan tanah jajahannya daripada jatuh ke Perancis,raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew dengan Britain pada tahun 1795.Melalui perjanjian ini,Belanda bersetuju menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga tamatnya Perang Napoleon.Dengan cara ini,tanah jajahan Belanda di Timur tidak akan jatuh ke tangan Perancis,meskipun Belanda kalah dalam peperangan tersebut.

UNSUR PATRIOTISME
>Sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
>Bijak berfikir dan bertindak.

SURAT-SURAT KEW 1795
>Dalam Perang Napoleon,negara Belanda telah ditawan oleh Perancis.
>Perancis mengelakkan wilayahnya daripada jatuh ke tangan Perancis,Raja Belanda menandatangani
  satu perjanjian yang dikenali sebagai Surat-surat Kew dengan kerajaan British pada tahun 1795.
>Menurut perjanjian tersebut,Belanda menyerahkan semua jajahan takluknya di Timur secara sementara
  kepada kerajaan British semasa berlakunya Pernag Napoleon.
>British akan memulangkan jajahan takluknya tersebut kepada Belanda apabila berakhirnya Perang
  Napoleon.

8.Selepas berakhirnya Perang Napoleon,British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada
   Belanda.

9.Selepas itu,saudagar British diberi layanan buruk dan dikenakan kadar cukai yang tinggi oleh kerajaan
   Belanda di Betawi.

10.Oleh itu,Stamford Raffles telah ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh
     Belanda di Selat Melaka.

11.Raffles telah cuba membuka pelabuhan di Palembang,Acheh dan Riau,tetapi usaha tersebut tidak
     berjaya.

SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG STRATEGIK
1.Stamford Raffles mencadangak supaya SHTI mendirikan pangkalan batu di Singapura.

2.Menurut Raffles,Singapura sesuai dijadikan pangkalan baru SHTI kerana beberapa keistimewaannya.
   Antaranya termasuklah:
   -Kedudukan Singapura yang strategik membolehkan laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat 
    Sunda dikawal.
   -Singapura juga sesuai sebagai pelabuhan bebas yang dapat menyayingi pelabuhan Belanda di 
    Betawi.

3.Raffles yakin bahawa pembukaan Singapura oleh SHTI dapat menyekat monopoli Belanda di
   Kepulauan Melayu.

4.Namun Raffles menghadapi masalah kerana Singapura ketika itu merupakan sebahagian daripada 
   wilayah kekuasaan kerajaan Johor.

5.Sultan Johor ketika itu,iaitu Sultan Abdul Rahman,berada di bawah pengaruh Belanda.

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH
Peristiwa pengambilan Pulau Pinang dengan jelas membuktikan bahawa perbalahan sesama sendiri akan membawa kerugian.

TAKTIK RAFFLES MENGAMBIL SINGAPURA
1.Stamford Raffles tiba di Singapura pada 12 Januari 1819.

2.Pada 30 Januari 1819,Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani satu
   perjanjian.

3.Temenggung Abdul Rahman yang takut akan serangan Raffles bersetuju untuk menandatangani
   perjanjian tersebut.

4.Sungguhpun demikian,perjanjian di antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles itu 
   tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor,iaitu Sultan Abdul Rahman.

PERJANJIAN DI ANTARA STAMFORD RAFFLES DENGAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN PADA 30 JANUARI 1819
>SHTI boleh mendirikan lojji di Singapura.
>SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
>SHTI akan membayar 3 000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.
>SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.

5.Walaupun begitu,dengan menyedari masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812,Raffles
   telah menggunakan masalah tersebut untuk mencapai matlamatnya.

MASALAH PEWARISAN TAKHTA KERAJAAN JOHOR
Semasa Sultan Mahmud lll mangkat pada tahun 1812,baginda meninggalkan dua orang putera,iaitu Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman.Menurut adat istiadata raja Melayu Johor,pengganti sultan dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan.Ketika itu,Tengku Hussein berada di Pahang kerana menguruskan hal-hal peribadi.Pembesra Johor  dengan sokongan Belanda telah melantik Tengku Abdul Rahman,adinda Tengku Hussein,sebagai Sultan Johor.

6.Dalam peristiwa tersebut,Tengku Hussein yang merupakan putera sulung Sultan Mahmud lll telah
   diketepikan dalam pelantikan Sultan Johor.

7.Raffles mendapatkan bantuan Temenggung Abdul Rahman supaya memujuk Tengku Hussein ke
   Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.

8.Dengan itu,Tengku Hussein telah ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan mengambil gelaran Sultan
   Hussein.

9.Pada 6 Februari 1819,Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul rahman
   dengan Stamford Raffles yang membenarkan SHTI mendirikan loji di Singapura.

10.Pertabalan Tengku Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan,
     iaitu Sulttan Hussein di Singapura da Sultan Abdul Rahman di Lingga.

SHTI MENCENGKAM SINGAPURA
1.Pertabaln Tengku Hussein sebagai sultan di Singapura masih belum membolehkan perjanjian 1819 
   antara Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman berkuatkuasa penuh di Singapura lagi.

2.Pada 7 Jun 1823,Raffles menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung
   Abdul Rahman untuk membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau-pulau sekitarnya.

3.Pada 2 Ogos 1824,John Crawfurd,Residen Singapura,telah menandatangani satu perjanjian dengan 
   Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

4.Melalui perjanjian ini,Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura kepad SHTI secara rasmi.

PERJANJIAN 7 JUN 1823 ANTARA STAMFORD RAFFLES DENGAN SULTAN HUSSEIN DAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN
>Sultan Hussein menerima bayaran 1 500 dolar Sepanyol dan Temenggong Abdul Rahman menerima
  800 dolar Sepanyol setiap bulan.
>Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang China.
>SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya,kecuali
  kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
>Undang-undang British dikuatkuasakan di Singapura.

PERJANJIAN 2 OGOS 1824 ANTARA JOHN CRAWFURD DENGAN SULTAN HUSSEIN DAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN
>Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-
  lamanya.
>Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas 
  berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
>Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di
  Singapura atau berpindah dari Singapura. 

5.Sultan Hussein kecewa dengan syarat perjanjian 2 Ogos 1824.

6.Baginda meninggalkan istananya di Kampung Gelam,Singapura dan berpindah ke Bandar Hilir di
   Melaka.

7.SHTI kemudian mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbirannya dari
   Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura.

8.SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.

9.Pada tahun 1866,pusat pemerintahan Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Johor Bharu.
   


  
  


1.5 PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU


1.Langkah Raffles membuka petempatan di Singapura dipertikaikan oleh Belanda.

2.Belanda mendakwa Singapura terletak di bawah lingkungan pengaruhnya.

3.Belanda juga bimbang perkembangan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan akan
   menjejaskan perdagangan di Betawi.

4.Pertikaian ini mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda kerana British enggan
   menyerahkan Singapura kepada Belanda.

5.British yakin bahawa Singapura berpotensi untuk memenuhi keperluan sebagai pangkalan
   tentera British di Gugusan Kepulauan Melayu.

6.British juga yakin Singapura berpotensi untuk berkembang menjadi pelabuhan bebas.

7.Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga  dikenali
   sebagai Persetiaan London.

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN PERSETIAAN LONDON(PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA)1824
>Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
>Belanda bersetuju tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
>British bersetuju menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda,sementara Belanda bersetuju
  menyerahkan Melaka kepada British.
>British berjanji tidak akan membuka petempatan baru di selatan Singapura.

8.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membawakan beberapa kesan.Antaranya termasuklah:
   -Akibat daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua
    kawasan pengaruh,iaitu:
    (i)Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British.
    (ii)Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.
   -Keadaan ini membolehkan British meluaskan pengaruhnya ke Semenanjung Tanah Melayu
    tanpa sekatan daripada Belanda.
   -Akibat daripada perjanjian ini juga,British memiliki satu lagi petempatan di Semenanjung
    Tanah Melayu.
   -Penyerahan Melaka kepada British membolehkan British menguasai laluan perdagangan di
    Selat Melaka.
   -Akibat daripada pembahagian lingkungan kawasan pengaruh British  dan Belanda,kerajaan
    Johor berpecah kepada dua,iaitu Johor dan Singapura di bawah lingkungan pengaruh
    British,manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah lingkungan pengaruh Belanda.
   









  

1.6 PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT


1.Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,SHTI telam memiliki tiga petempatan di laluan
perdagangan Selat Melaka,iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.

2.Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.

3.Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

4.Tujuan penggabungan ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos
pentadbiran.

5.Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang menerima arahannya
daripada Gabenor Jeneral di India.

6.Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler.

7.Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.

8.Pada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana
   kedudukannya yang lebih strategik.

9.Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di India.

10.Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk
Negeri-Negeri Selat,kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah-olah tanah jajahan India.

11.Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke London.

12.Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
    
13.Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat
meluluskan undang-undang sendiri.

14.Faktor Faktor British memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari India ke london
adalah seperti berikut:
-SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan Negeri-Negeri Selat.
-Negeri-Negeri Selat membantah cadangan untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.
-Imigran Cina yang datang ke Negeri-Negeri Selat secara tidak terkawal menubuhkan
kongsi gelap dan melakukan kekacauan. -Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menjadikan rupee India sebagai mata wang rasmi
Negeri-Negeri Selat,menggantikan mata wang perak Sepanyol.Pengenalan akta ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan saudagar kerana nilai mata wang rupee India lebih rendah daripada nilai mata wang perak Sepanyol.
-Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British yang menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai tempat buangan banduan.










2.1: DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

 1.  Dasar campur tangan British ialah penglibatan penglibatan British secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2.  Sebelum tahun 1874, British telah menduduki Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka.Negeri-Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826.
3.  Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan perdagangan yang aktif dengan Negeri-negeri Melayu.
4.   Peranan NNS:
      a. Pelabuhan entrepot
      b. Pelaburan modal
5.  Faktor-faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu:
     a. Kekayaan hasil bumi
     b. Revolusi perindustrian
     c. Terusan Suez dan kapal wap
     d. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
     e. Pertukaran kerajaan
     f. Desakan pedagang

    a. Kekayaan hasil bumi
       - Negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, bijih besi dan arang batu
        Bijih timah      
         - Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
         - Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya ( Selangor)
         - Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
         - Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)\
         Emas         
         - Ulu Tembeling ( Pahang)
    b. Revolusi Perindustrian
       - Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan dan tempat untuk memasarkan hasil keluran kilang mereka.
   c.  Terusan Suez dan kapal wap
       - Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan perjalanan dari England ke Tanah Melayu manakala penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa perjalanan dan membawa mutan yang lebih banyak
   d. Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Belanda  telah meluaskan pengaruhnya ke Hindia Timur(Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.
   e. Pertukaran kerajaan
     -Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal
  f. Desakan pedagang
   - Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan antara kongsi gelap telah menyebabkan para pedagang mendesak kerajaan British untuk campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.
   - Seramai 243 orang pedagang NNS telah mengutus surat kepada Lord Kimberly untuk mendesak kerajaan British supaya campur tangan

 1.  Dasar campur tangan British ialah penglibatan penglibatan British secara langsung  dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2.  Sebelum tahun 1874, British telah menduduki Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka. Negeri-Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826.
3.  Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan perdagangan yang aktif dengan Negeri-
negeri Melayu.
4.   Peranan NNS:
      a. Pelabuhan entrepot
      b. Pelaburan modal
5.  Faktor-faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu:
     a. Kekayaan hasil bumi
     b. Revolusi perindustrian
     c. Terusan Suez dan kapal wap
     d. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
     e. Pertukaran kerajaan
     f. Desakan pedagang

    a. Kekayaan hasil bumi
       - Negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, bijih besi dan arang batu
        Bijih timah      
         - Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
         - Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya ( Selangor)
         - Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
         - Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)\
         Emas         
         - Ulu Tembeling ( Pahang)
    b. Revolusi Perindustrian
       - Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan dan tempat untuk memasarkan hasil keluran kilang mereka.
   c.  Terusan Suez dan kapal wap
       - Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan perjalanan dari England ke Tanah Melayu manakala penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa perjalanan dan membawa mutan yang lebih banyak
   d. Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Belanda  telah meluaskan pengaruhnya ke Hindia Timur(Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.
   e. Pertukaran kerajaan
     -Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal
  f. Desakan pedagang
   - Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan antara kongsi gelap telah menyebabkan para pedagang mendesak kerajaan British untuk campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.
   - Seramai 243 orang pedagang NNS telah mengutus surat kepada Lord Kimberly untuk mendesak kerajaan British supaya campur tangan