SHTI GAGAL MEMAJUKAN PULAU PINANG
1.Pulau Pinang gagal memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan barang dagangan seperti yang
dikehendaki oleh SHTI.
2.Kedudukan Pulau Pinang terlau jauh di utara Selat Melaka,sedangkan kebanyakan kapal dagang
menjalankan perdagangan di Betawi Riau dan Lingga di selatan Selat Melaka.
3.Oleh kerana pedagang-pedagang asing bertumpu di selatan Selat Melaka,Pulau Pinang tidak dapat
bersaing sebagai pelabuhan di Gugusan Kepulauan Melayu.
4.Sementara itu,SHTI memerlukan sebuah pelabuhan di selatan Selat Melaka untuk menguasai
perdagangan di antara India dengan China.
5.SHTI mula menitikberatkan perdagangan dengan China kerana barang dagangan dari China seperti
teh,sutera,kapas dan bahan pencelup semakin mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah.
6.SHTI mendapat peluang untuk menguasai Betawi dan Melaka apabila meletusnya Perang Napoleon di
Eropah pada tahun 1793-1814.
7.Peluang ini diperoleh melalui Surat-surat Kew 1795.
PERANG NAPOLEON
Perang Napoleon meletus di Eropah pada tahun 1793-1814 di antara Belanda dengan Perancis.Dalam peperangan tersebut,negara Belanda ditawan oleh Perancis.Perancis cuba menguasai tanah jajahan Belanda di Timur.Untuk mengelakkan tanah jajahannya daripada jatuh ke Perancis,raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew dengan Britain pada tahun 1795.Melalui perjanjian ini,Belanda bersetuju menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga tamatnya Perang Napoleon.Dengan cara ini,tanah jajahan Belanda di Timur tidak akan jatuh ke tangan Perancis,meskipun Belanda kalah dalam peperangan tersebut.
UNSUR PATRIOTISME
>Sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
>Bijak berfikir dan bertindak.
SURAT-SURAT KEW 1795
>Dalam Perang Napoleon,negara Belanda telah ditawan oleh Perancis.
>Perancis mengelakkan wilayahnya daripada jatuh ke tangan Perancis,Raja Belanda menandatangani
satu perjanjian yang dikenali sebagai Surat-surat Kew dengan kerajaan British pada tahun 1795.
>Menurut perjanjian tersebut,Belanda menyerahkan semua jajahan takluknya di Timur secara sementara
kepada kerajaan British semasa berlakunya Pernag Napoleon.
>British akan memulangkan jajahan takluknya tersebut kepada Belanda apabila berakhirnya Perang
Napoleon.
8.Selepas berakhirnya Perang Napoleon,British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada
Belanda.
9.Selepas itu,saudagar British diberi layanan buruk dan dikenakan kadar cukai yang tinggi oleh kerajaan
Belanda di Betawi.
10.Oleh itu,Stamford Raffles telah ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh
Belanda di Selat Melaka.
11.Raffles telah cuba membuka pelabuhan di Palembang,Acheh dan Riau,tetapi usaha tersebut tidak
berjaya.
SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG STRATEGIK
1.Stamford Raffles mencadangak supaya SHTI mendirikan pangkalan batu di Singapura.
2.Menurut Raffles,Singapura sesuai dijadikan pangkalan baru SHTI kerana beberapa keistimewaannya.
Antaranya termasuklah:
-Kedudukan Singapura yang strategik membolehkan laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat
Sunda dikawal.
-Singapura juga sesuai sebagai pelabuhan bebas yang dapat menyayingi pelabuhan Belanda di
Betawi.
3.Raffles yakin bahawa pembukaan Singapura oleh SHTI dapat menyekat monopoli Belanda di
Kepulauan Melayu.
4.Namun Raffles menghadapi masalah kerana Singapura ketika itu merupakan sebahagian daripada
wilayah kekuasaan kerajaan Johor.
5.Sultan Johor ketika itu,iaitu Sultan Abdul Rahman,berada di bawah pengaruh Belanda.
IKTIBAR DARIPADA SEJARAH
Peristiwa pengambilan Pulau Pinang dengan jelas membuktikan bahawa perbalahan sesama sendiri akan membawa kerugian.
TAKTIK RAFFLES MENGAMBIL SINGAPURA
1.Stamford Raffles tiba di Singapura pada 12 Januari 1819.
2.Pada 30 Januari 1819,Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani satu
perjanjian.
3.Temenggung Abdul Rahman yang takut akan serangan Raffles bersetuju untuk menandatangani
perjanjian tersebut.
4.Sungguhpun demikian,perjanjian di antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles itu
tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor,iaitu Sultan Abdul Rahman.
PERJANJIAN DI ANTARA STAMFORD RAFFLES DENGAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN PADA 30 JANUARI 1819
>SHTI boleh mendirikan lojji di Singapura.
>SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
>SHTI akan membayar 3 000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.
>SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.
5.Walaupun begitu,dengan menyedari masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812,Raffles
telah menggunakan masalah tersebut untuk mencapai matlamatnya.
MASALAH PEWARISAN TAKHTA KERAJAAN JOHOR
Semasa Sultan Mahmud lll mangkat pada tahun 1812,baginda meninggalkan dua orang putera,iaitu Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman.Menurut adat istiadata raja Melayu Johor,pengganti sultan dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan.Ketika itu,Tengku Hussein berada di Pahang kerana menguruskan hal-hal peribadi.Pembesra Johor dengan sokongan Belanda telah melantik Tengku Abdul Rahman,adinda Tengku Hussein,sebagai Sultan Johor.
6.Dalam peristiwa tersebut,Tengku Hussein yang merupakan putera sulung Sultan Mahmud lll telah
diketepikan dalam pelantikan Sultan Johor.
7.Raffles mendapatkan bantuan Temenggung Abdul Rahman supaya memujuk Tengku Hussein ke
Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
8.Dengan itu,Tengku Hussein telah ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan mengambil gelaran Sultan
Hussein.
9.Pada 6 Februari 1819,Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul rahman
dengan Stamford Raffles yang membenarkan SHTI mendirikan loji di Singapura.
10.Pertabalan Tengku Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan,
iaitu Sulttan Hussein di Singapura da Sultan Abdul Rahman di Lingga.
SHTI MENCENGKAM SINGAPURA
1.Pertabaln Tengku Hussein sebagai sultan di Singapura masih belum membolehkan perjanjian 1819
antara Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman berkuatkuasa penuh di Singapura lagi.
2.Pada 7 Jun 1823,Raffles menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman untuk membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau-pulau sekitarnya.
3.Pada 2 Ogos 1824,John Crawfurd,Residen Singapura,telah menandatangani satu perjanjian dengan
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.
4.Melalui perjanjian ini,Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura kepad SHTI secara rasmi.
PERJANJIAN 7 JUN 1823 ANTARA STAMFORD RAFFLES DENGAN SULTAN HUSSEIN DAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN
>Sultan Hussein menerima bayaran 1 500 dolar Sepanyol dan Temenggong Abdul Rahman menerima
800 dolar Sepanyol setiap bulan.
>Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang China.
>SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya,kecuali
kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
>Undang-undang British dikuatkuasakan di Singapura.
PERJANJIAN 2 OGOS 1824 ANTARA JOHN CRAWFURD DENGAN SULTAN HUSSEIN DAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN
>Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-
lamanya.
>Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas
berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
>Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di
Singapura atau berpindah dari Singapura.
5.Sultan Hussein kecewa dengan syarat perjanjian 2 Ogos 1824.
6.Baginda meninggalkan istananya di Kampung Gelam,Singapura dan berpindah ke Bandar Hilir di
Melaka.
7.SHTI kemudian mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbirannya dari
Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura.
8.SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.
9.Pada tahun 1866,pusat pemerintahan Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Johor Bharu.
waaa..senang skit nk ulangkaji bb sjrh yg smmgnye ssh nk ingt nie..he..he..he..trimas
ReplyDeleteade lagi ke bab2 yang lain .....
ReplyDeleteweb nie byk membantu saya dlm sejarah.. awesome..
ReplyDeletemenarik..
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteCam dugong
Delete😀
ringkas dan jimatkan masa ...tak payah baca buku teks yang panjang tu terima kasih
Deletekalau dh pemalas.....memang
Deletesenang sikit saya nak belajar sejarah ni..
ReplyDeleteMahanu m
ReplyDeleteDugong
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSUMPAH MAHA SIAL
Deleteko kenape jilake
DeleteKimmk SHTI
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteBaik la
ReplyDeleteKamsahamida
ReplyDelete