Tuesday, November 9, 2010

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.


Sistem Residen di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
tidak teratur Residen tidak diberi panduan yang jelas untuk menjalankan tugas. Oleh itu, pentad biran di negeri – negeri ini tidak seragam kerana mempunyai undang – undang sendiri
Residen telah menjadi terlalu berkuasa dan Gabenor Negeri – Negeri Selat di Singapura tidak dapat mengawal mereka.
Kelemahan ini adalah faktor utama  negeri – negeri ini disatukan di bawah sebuah pentadbiran –    Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) / Persatuan 1896.
[ia terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral – Frank Swettenham]
FAKTOR LAIN BAGI PENUBUHAN NEGERI – NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
Perkongsian perkhidmatan pakar : Jimatkan bayaran perkhidmatan pakar
Faktor keselamatan : Kukuhkan kekuatan dan pertahanan tentera
Krisis kewangan Pahang
: Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
: Jika digabungkan dengan negeri kaya (spt: Perak) masalah diringankan
Sistem perhubungan : Jalan raya & landasan kereta api dapat dimajukan
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
• Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
• Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
• Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
• Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
• Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

No comments:

Post a Comment