Tuesday, November 9, 2010

1.1 Pertapakan SHTI di Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI.
a)Pangkalan tentera
British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India.Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.

b)Pelabuhan Persinggahan
Pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air,makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton,China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

c)Pusat Pengumpulan Barang
SHTI memerlukan teh dari negara China.Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah.Sebagai tukaran,negara China mahukan emas,perak,bijih timah dan lada hitam.Barang-barang ini boleh didapati di Kepulauan Melayu.Oleh itu,Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.

Kedaulatan Kedah Tercabar
Pada kurun ke-16,Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.Usaha mengekalkan kedaulatan Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi tentangan  dan cabaran dari dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis
Pada tahun 1770,Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.Pelantikan tersebut tdak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.Meraka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis.Pada tahun 1771,firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.Satu perjanjian telah ditandatangani tetapi sultan telah membatalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis.

Ancaman Siam
Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam.Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas,wang serta tenaga manusia.Sultan Kedah berasa terancam lalu meminta bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

No comments:

Post a Comment