Tuesday, November 9, 2010

4.3 [NOTA]

  1. Sistem pemerintahan beraja diperkenalkan bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk   tempatan dengan melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan dalam pentadbiran.
  2.  Pembesar Melayu yang berpengaruh dan berpengalaman seperti Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik untuk membantu James Brooke mentadbir Sarawak dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang dan adat tempatan.
  3. Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dibentuk untuk melicinkan pentadbiran Sarawak.
  4. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
CLICK TO ENLARGE

5.       Beberapa jabatan telah ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran:
i)                    Jabatan Kehakiman
ii)                   Jabatan Polis
iii)                 Jabatan Kastam dan Cukai
iv)                 Jabatan Pos

6.       Kes sivil diadili oleh ketua etnik masing-masing.
7.       Kes jenayah melibatkan lebih daripada satu suku kaum pula akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.
8.       British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888 bagi mengukuhkan pengaruh British di Sarawak.
Syarat-syarat:
i)                    British melindungi Sarawak dari serangan musuh
ii)                   Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas
iii)                 Hal ehwal luar negeri adalah di bawah kawalan British

9       Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan perlembagaan Sarawak sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke.
10.        Ia merupakan pelembagaan bertulis pertama di Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.
11.       Perlembagaan Sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana Perang Dunia kedua telah meletus.

Perlembagaan Sarawak 1941
1.       Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
2.       Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.
3.       Majlis Negeri diberi kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.
4.       Raja Sarawak melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Neger

No comments:

Post a Comment