Tuesday, November 9, 2010

4.5 PERUBAHAN SOSIAL DI BAWAH PENTADBIRAN KELUARGA BROOKE

Dasar Brooke
·         Brooke telah melaksanakan dasar pecah dan perintah.
·         Setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi dan petempatan yang berbeza.
                                                        i.            Orang Melayu             -  bidang pendidikan
                                                      ii.            Orang Iban       -  bidang ketenteraan
                                                    iii.            Orang Cina      -  kegiatan pertanian, perlombongan dan perniagaan
                                                     iv.            Orang India      -  perniagaan kain
                                                       v.            Orang Sikh       -  polis

*      Bandar
·         Perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk telah membawa kepada pembangunan bandar-bandar seperti Kuching, Miri dan Sibu.
·         Bandar Kuching telah dijadikan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran kerajaan Sarawak.

*      Kemudahan
·         Kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik disediakan di bandar.
·         Bagi melicinkan urusan pentadbiran dan menguruskan kegiatan ekonomi, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon turut diperkenalkan.

*      Pengangkutan  dan Perhubungan
·         Jalan raya terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuching dan Miri.
·         Landasan kereta api menghubungkan Kuching dengan Bau.
·         Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapore and Sarawak Steamship Company terdapat di bandar Kuching.
·         Perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura.



*      Kesihatan
·         Pembinaan hospital dan klinik dimulakan oleh mubaligh Kristian dan hanya terdapat di Kuching dan Sibu.

*      Pendidikan
·         Charles Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah untuk orang Dayak kerana beliau hendak mengekalkan cara hidup tradisional mereka.
·         Kerajaan menggalakkan mubaligh Kristian mendirikan sekolah-sekolah Inggeris.
·         Sekolah Cina dibiayai serta diuruskan oleh orang Cina.
·         Sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan di Srawak.

No comments:

Post a Comment