Tuesday, November 9, 2010

1.6 PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT


1.Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,SHTI telam memiliki tiga petempatan di laluan
perdagangan Selat Melaka,iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.

2.Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.

3.Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

4.Tujuan penggabungan ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos
pentadbiran.

5.Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang menerima arahannya
daripada Gabenor Jeneral di India.

6.Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler.

7.Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.

8.Pada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana
   kedudukannya yang lebih strategik.

9.Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di India.

10.Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk
Negeri-Negeri Selat,kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah-olah tanah jajahan India.

11.Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke London.

12.Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
    
13.Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat
meluluskan undang-undang sendiri.

14.Faktor Faktor British memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari India ke london
adalah seperti berikut:
-SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan Negeri-Negeri Selat.
-Negeri-Negeri Selat membantah cadangan untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.
-Imigran Cina yang datang ke Negeri-Negeri Selat secara tidak terkawal menubuhkan
kongsi gelap dan melakukan kekacauan. -Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menjadikan rupee India sebagai mata wang rasmi
Negeri-Negeri Selat,menggantikan mata wang perak Sepanyol.Pengenalan akta ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan saudagar kerana nilai mata wang rupee India lebih rendah daripada nilai mata wang perak Sepanyol.
-Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British yang menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai tempat buangan banduan.










2 comments: