Monday, November 8, 2010

7.6 Yamtuan Antah mempertahankan kedaulatan Seri Menanti


YAMTUAN ANTAH

Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin
Jawatan : Yamtuan Seri Menanti
Wilayah jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol

FAKTOR PENENTANGAN

  • Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British
  • Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
  • Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya . 
  • Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti . 
  • Residen British di Sungai Ujong ( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan
  • Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah 
  • Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya pertempuran
Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh :
  • Dato' Siamang Gagap
  • Tengku Besar Tampin
  • penduduk Rembau , Jelebu dan Johol
Disember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS
                          ( Negeri-Negeri Selat ) 
  • British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera NNS . 
  • Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johol . 
KESAN PENENTANGAN

  • Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
  • Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois
  • Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
  • British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan

3 comments: