Monday, November 8, 2010

8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan


  • Pertubuhan peringkat awal bersifat kenegerian.
  • Pertubuhan ini kemudiannya menjadi pendorong kepada kemunculan pertubuhan yang bersifat kebangsaan.
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
  • Latar Belakang
Ditubuhkan pada tahun 1926 yang diasaskan oleh Muhammad Eunos Abdullah. KMS dianggotai oleh bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga.
  • Tujuan Penubuhan
Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik dan pentadbiran, memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang pendidikan dan menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British berkaitan hak dan kepentingan orang Melayu.
  • Kesan
KMS menjadi perangsang penubuhan persatuan bagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negeri masing-masing. Antaranya ialah Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pahang dan Persatuan Melayu Kelantan.
Persatuan Melayu Selangor (PMS)
  • Latar  Belakang
Ditubuhkan pada tahun1938 dan dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd.Yasssin.
  • Tujuan Penubuhan
Mendesak  lebih ramai pegawai Melayu ditempatkan dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,  keanggotaan Askar Melayu diperbesarkan, menubuhkan angkatan tentera laut dan udara di Tanah Melayu.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
  • Latar Belakang
Ditubuhkan pada bulan April 1934 dan mempunyai cogan kata 'Hidup Bahasa Hidup Bangsa'
  • Tujuan Penubuhan
Menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bertukar-tukar pendapat dan meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan dalam kalangan mereka.
  • Kesan
PASPAM mengadakan persidangan peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak. Persidangan itu  berjaya menghimpunkan ahlinya dari seluruh Tanah Melayu. Semangat kenegerian telah dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula dibentuk Persidangan kebangsaan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban.
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  • Latar Belakang
KMM ditubuhkan pada tahun 1938 di Kuala Lumpur dan diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaakob. Beliau menubuhkan KMM kerana berpendapat persatuan berasaskan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu.  Kebanyakan anggota KMM terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
  • Tujuan Penubuhan
Berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British, bercita-cita menyatukan Tanah Melayu denagn Indonesia bagi mewujudkan Melayu Raya, menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran orang Melayu untuk mempertahankan hak mereka.
  • Kesan
 Perjuangan KMM dianggap radikal kerana :
  1.  Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British
  2.  Berani menyuarakan penentangan secara terbuka terhadap British
KMM mengadakan pakatan sulit denga Jepun untuk menentang British. Akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitan perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita perjuangan KMM. Pada tahun 1941, British bimbang dengan gerakan KMM. Ibrahim Haji Yaakob dan 150 anggotanya dipenjarakan di Singapura. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun. Walaubagaimanapun, KMM diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.
Ciri-Ciri Pertubuhan Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua
  • Perjuangan pertubuhan bersifat sederhana.
  • Mereka menunjukkan kesetiaan yang kuat kepada raja-raja Melayu dan bekerjasama dengan British.
  • Mereka mendesak supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
  • Persatuan- persatuan ditubuhkan untuk meningkat kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
  • Persatuan dianggotai oleh cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.
Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
  • Kesatuan Melayu Singapura bersama-sama dengan Persatuan Melayu Selangor telah menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah yang pertama
  • Kongres Melayu pertama :
  1. Diadakan di Kuala Lumpur pada tahun1939
  2. Kongres bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.
  • Antara kejayaan kongres ialah :
  1. Diadakan di Singapura pada tahun 1940
  2. Kongres telah berjaya menarik lebih banyak persatuan Melayu termasuk Sarawak dan Brunei.
  3. Kongres menyarankan supaya semua persatuan Melayu bekerja keras bagi memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.
  • Kongres Melayu ketiga pada tahun1941 tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu
Pertubuhan Orang Cina dan India
  • Pertubuhan Orang Cina
Pada awal kurun ke-20, terdapat beberapa  pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Pertubuhan ini menumpukan perhatian kepada negara China.
  • Pertubuhan Orang Cina Peranakan
Orang Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan adalah warganegara British. Mereka memberi perhatian kepada politik tempatan. Pada tahun 1900, orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim, Lim Bong Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah telah menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British. Persatuan ini ditubuhkan  bertujuan melindingi kepentingan orang Cina Peranakan di negeri-negeri Selat. Persatuan ini menggalakkan orang Cina Peranakan mendapat pendidikan tinggi dan teknikal. Tan Cheng Lok adalah tokoh penting pertubuhan ini.
  • Pertubuhan Orang India
Sebelum Perang Dunia Kedua, orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal mereka. Golongan berpendidikan Inggeris pula menubuhkan persatuan bagi melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu. Persatuan ini ditubuhkan di bandar utama di Taiping, Kuala Lumpur, Klang, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Pada tahun 1936, Persatuan India Pusat Tanah Melayu telah ditubuhkan bawah pimpinan A.M Soosay. Persatuan tersebut ditubuhkan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu. Persatuan ini merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan empat buah dewan perniagaan India.

6 comments:

  1. kalau persatuan melayu selangor???

    ReplyDelete
  2. Kejayaan Yang dicapai oleh pertubuhan orang cina dan India?

    ReplyDelete
  3. Kejayaan Yang dicapai oleh pertubuhan orang cina dan India?

    ReplyDelete
  4. Kejayaan Yang dicapai oleh pertubuhan orang cina dan India?

    ReplyDelete
  5. Syed Alwi, SM Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al Maghribi, Hamidun Mohd Hashim, Ariffin Ishak adalah antara pengasas Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) dan Akhbar Saudara pada 7 April 1934

    ReplyDelete