Tuesday, November 9, 2010

2.2: KEADAAN DI PERAK,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN,DAN PAHANG MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH


KETIDAKSTABILAN DI PERAK
- Kekacauan berlaku di Perak kerana:
  - Pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San menyebabkan
    tercerusnya Perang Larut.
  - berlaku perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja kerana sistem
    pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya.
a. Masalah perebutan takhta
   - Raja Ismail iaitu Raja Bendahara telah dilantik sebagai sultan oleh pembesar2
     Perak selepas kemangkatan Sultan Ali.
   - Pelantikan ini ditentang hebat oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf
   - Raja Abdullah iaitu Raja Muda sepatutnya dilantik menjadi sultan mengikut
     sistem pewarisan takhta telah diketepikan kerana tidak menghadiri upacara
     pemakaman Sultan Ali di Sayong
   - Raja Yusuf juga diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar2 Perak
   - Raja Abdullah disokong oleh pembesar2 Perak seperti Dato` Maharajalela
     dan Dato` Sagor telah menentang kuat
   - Kuasa Raja Ismail hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja Abdullah
     pula berkuasa di Hilir Perak
   - Raja Abdullah telah bertindak meminta bantuan daripada British untuk mengiktiraf
      beliau sebagai sultan
   - Gabenor NNS iaitu Sir Andrew Clarke menganggap permintaan Raja Abdullah
     sebagai peluang untuk menguasai Perak
  - Beliau telah menjemput pembesar2 Melayu dan pemimpin2 kongsi gelap untuk
    berunding di Pulau Pangkor
  - Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat
  - Perjanjian Pangkor di atas kapal British,H.M.S Pluto diadakan pada tahun 1874
  - Melalui Perjanjian Pangkor,Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak
    dan J.W.W Birch merupakan residen Britsh di Perak.

PERANG KLANG DI SELANGOR
 - Perang Klang tercetus kerana berlakunya perebutan daerah Klang di anatara Raja
   Abdullah dengan Raja Mahadi
 - Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.
   Penyerahan tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan putera kepada Raja Sulaiman
   iaitu Raja Mahadi. Keadaan ini telah mencetuskan Perang Klang.
 - Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad untuk menamatkan Perang Klang.
 - Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar Selangor kerana beliau bukan anak negeri
    Selangor. Oleh itu, beliau meminta bantuan British untuk menamatkan kekacauan
 - Perisiwa lain yang menyebabkan British campur tangan di Selangor ialah:
    a. sebuah kapal dagang British dirompak berhampiran dengan Kuala Langat
    b. rumah api binaan British di Tanjong Rachado telah diserang
- Kesan campur tangan Britiah telah mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen
   British di Selangor. J.G.Davidson dilantik sebagai residen yang pertama di
   Selangor manakala penolongnya ialah Frank Swettenham

PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN
 - Dato` Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato` Bandar Kulop Tunggal bersengketa
   untuk menegakkan kekuasaannya di Sungai Ujong
 - Daerah Sungai Ujong menjadi rebutan kerana:
    a. kaya dengan bijih timah
    b. Sungai Linggi dalam daerah Sungai Ujong merupakan jalan utama
        ke pelabuhan Melaka
    c. pendapatan yang lumayan kerana cukai dipungut ke atas pedagang
        yang melalui sungai ini
 - Dato` Kelana meminta bantuan British bagi mengukuhkan kedudukannnya
 - Melalui perjanjian yang dibuat dengan British, Dato` Kelana dilantik sebagai pemerintah
   di Sungai Ujong
-  Dato` Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut. Beliau menentang tindakan
   British memungut cukai di Sungai Linggi
-  British member bantuan kepada Dato` Kelana untuk menewaskan Dato` Bandar
-  Dato` Bandar kemudian telah dibuang negeri ke Singapura
-  Seterusnya, British menguasai Rembau,Jelebu dan Seri Menanti dengan cara
   menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil
- Semua daerah disatukan untuk membentuk Negeri Sembilan
- British telah menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British yang pertama di
  Sungai Ujong dan Martin Lister sebagai Residen British yang pertama di Negeri Sembilan

BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG
- Pahang merupakan negeri terakhir menerima Residen British
- British ingin menguasai Pahang kerana bimbang pertapakan kuasa Eropah yang lain
- Sultan Ahmad berusaha mengelakkan Pahang dijajah oleh British. Beliau mencontohu
   tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk membangunkan Pahang
- Beliau membawa masuk pelabur-pelabur asing untuk memajukan Pahang
- Tindakan ini menjejaskan kepentingan British dan tidak disenangi oleh British.
- British telah menghantar Frank Swettenham dan Frederick Weld ke Pahang untuk
  memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal
- British telah meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk
  Sultan Ahmad
- Hugh Clifford telah dilantik sebagai wakil British di Pahang tetapi British tidak puas hati
  dengan pelantikan ini kerana British mempunyai kuasa yang terhad
- Peluang campur tangan terbuka luas kepada British apabila berlakunya kes pembunuhan
   Goh Hui, seorang warganegara British yang berbangsa Cina.
- Peristiwa ini telah digunakan oleh British untuk mendesak Sultan
  Ahmad menerima seorang Residen British di Pahang.
- Akhirnya, J.P. Rodger telah dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang

10 comments:

  1. Thank You,, sangat bgus nota nie.. Exam saye 85% pabile say bce nota.. Tpi mslahnya kt cni x de peta kew ? Agk sush skit nk buat asigment .. :'(

    ReplyDelete
  2. pahang merupakan negeri terakhir menerima Residen British???
    bukankah Johor merupakan negeri terakhir...

    ReplyDelete
  3. slain bimbang kuasa er0pah mrebut Phg ,,ada x sbb cmpur tgn yg lain?? untk ngeri Phg ..

    ReplyDelete
  4. YE LAH BUKANKAH JOHOR YANG TERLIBAT DAN MENRIMA RESIDEN DAN WAKIL BRITISH YANG TERAKHIR??????




    ReplyDelete
  5. Thanks u ,bagus sangat nota ni tapi x nampak tulisan tapi x APA bagus :)

    ReplyDelete