Tuesday, November 9, 2010

4.4 PERUBAHAN EKONOMI DI BAWAH PENTADBIRAN KELUARGA BROOKE

1.      Keluarga Brooke tidak menggalakan kemasukkan pelabur luar secara besar-besaran  kerana hendak menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak.
2.      Orang Cina diberi peluang bekerja dalam bidang perdagangan dan perlombongan.
*      Hasil  Hutan
·         Hasil hutan yang dikutip oleh keluarga Brooke ialah sarang burung, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung dan kayu balak.
·         Sarang burung dikutip dari gua batu kapur.

*      Tanaman
*      Tanaman Tradisional
·         Kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia merupakan tanaman tradisional yang luas ditanam untuk dieksport.
*      Tanaman Baru
·         Tanaman baru ialah getah dan tembakau.
·         Tanaman getah diusahakan oleh pekebun kecil.
·         Getah merupakan eksport kedua selepas minyak.

*      Hasil Galian
·         Keluarga Brooke menjalankan aktiviti perlombongan seperti emas, antimoni, arang batu dan minyak.
*      Emas
·         Emas dilombong oleh pelombong Cina di Bau.
·         Pelombong Cina telah memberontak kerana tidak berpuas hati dengan cukai yang dikenekan oleh keluarga Brooke.
·         Oleh itu, Syarikat Borneo bermula mengusahakan perlombongan emas.
*      Antimoni
·         Syarikat Borneo juga menjalankan aktiviti perlombongan antimoni di Bau      dan Kuching.
*      Minyak
·         The Anglo-Saxon Oil Company telah mendapat konsesi untuk menjalankan  aktiviti perlombongan petroleum di Sarawak.
·         Telaga petroleum yang pertama digali di Miri.
·         Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917.

1 comment: