Tuesday, November 9, 2010

3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu

Pada akhir kurun ke-19, keunggulan British sebagai kuasa besar tercabar dengan kemunculan zaman imperialis baru. Pada masa itu, negara Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan. Negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam yang kaya dengan bahan mentah telah menjadi rebutan kuasa imperialis tersebut.

British sangat bimbang apabila Perancis berminat meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang membina terusan di Segenting Kra. Pembinaan terusan akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa. British semakin bimbang apabila Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat pula ingin bertapak di Terengganu, manakala Rusia berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang. Kebimbangan ini mendorong British mengambil langkah untuk meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.

British telah menandatangani perjanjia sulit dengan Siam pada tahun 1897. Perjanjian itu bertujuan menghalang Suan daripada menyerahkan atau membernarkan mana-mana kuasa lain betapak di selatan Siam.

Walau bagaimanapun, perjanjian itu gagal mengahalang sultan negeri-negeri tersebut menjalin hubungan dengan kuasa memberikan konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company. Sultan Terengganu pula menerima pemohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang. Peristiwa itu membimbangkan British kerana kuasa besar lain akan bertapak di Tanah Melayu.

Bagi menghalang kuasa Barat meluaskan kuasanya , pihak British telah menandatangani perjanjian Perisytiharan British Siam pada tahun 1902. Melalui perjanjian ini, British mengiktiraf  Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan di bawah naungan Siam. Beberapa orang warga British telah dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan. Mereka terdiri daripada W.A. Graham di Kelantan, Meadowe Frost di Kedah dan H.E. Duke di Perlis. Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing. Melalui perjanjian tersebut, pihak British telah berjaya mengukuhkan pengaruh di Negeri-Negeri Melayu Utara Tanah Melayu.

Pada tahun 1909, kerajaan Siam bersetuju menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada pihak British melalui Perjanjian Bangkok yang telah ditandatangani pada tahun 1909. Raja-raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian tersebut. Perjanjian tersebut menjayakan impian British untuk menguasai  Tanah Melayu.

1 comment:

  1. kenapa x der yg ringkas pun? semua ikut buku jer.. #notaxbetul

    ReplyDelete