Monday, November 8, 2010

8.5 Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena


Peranan Akhbar dan Majalah Melayu : 
1.  Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan Melayu.
2.  Menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian.
3.  Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.

Antara Akhbar yang Berpengaruh Sebelum Perang Dunia Kedua :
  •  Warta Malaya
Diterbitkan di Singapura. Pengarang pertamanya ialah Dato' Onn Jaafar. Menyiarkan persoalan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu. Mendesak supaya orang Melayu diberikan lebih jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan.
  •   Majlis
Diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Majlis dengan beraninya mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu.
  • Utusan Melayu
Diterbitkan di Singapura. Pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi. Menggesa menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.
 Kegiatan Persuratkhabaran dalam Kalangan Orang Cina dan Orang India Sebelum Perang Dunia Kedua
  • Akhbar mereka banyak melaporkan berita mengenai kegiatan ekonomi dan sosial mereka di Tanah Melayu di samping menyiarkan peristiwa yang berlaku di China dan India.
  • Selain itu, terdapat juga akhbar-akhbar yang diterbitkan oleh Masyarakat Cina Peranakan dan Jawi Peranakan dalam Bahasa Melayu.
  • Antara akhbar yang diterbitkan olah Jawi Peranakan ialah Jawi Peranakan,Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri.
  • Antara akhbar yang diterbitkan oleh Cina Peranakan ialah Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pranakan.
  • Akhbar-akhbar ini menyiarkan :
  1. Berita hal ehwal masyarakat mereka
  2. Berita ringkas mengenai peristiwa yang berlau di dalam dan luar negara
  •  Akhbar Cina
Akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Lat Pau ialah akhbar harian pertama dalam kalangan Masyarakat Cina yang diterbitkan pada tahun 1881. Isu yang dilaporkan ialah berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu dan menyiarkan peristiwa yang berlaku di Cina.
  •  Akhbar India
Akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu. Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 di Kuala Lumpur. Isu yang dilaporkan ialah berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi mereka di Tanah Melayu dan menyiarkan peristiwa yang berlaku di India.
  • Sekola Melayu
Diterbitkan pada tahun 1888. Dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu. Menanam semangat suka belajar dalam kalangan pelajar.
  •  Bintang Timor
Diterbitkan pada tahun 1894. Satu-satunya akhbar yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato' Bahaman di Pahang.
  •  Bintang Pranakan
Diterbitkan pada tahun 1930. Membicarakan hal ehwal masyarakat Cina Peranakan. Menunjukkan taat setia mereka kepada British.
Kesedaran Kebangsaan Melaui Penulisan Kreatif
  •  Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif ini sebagai saluran untuk menyalurkan perjuangan orang Melayu.
  • Puisi-puisi ini bertujuan :
  1. Menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara
  2. Menyeru merebut peluang ekonomi
  3. Mempertahankan maruah bangsa
  • Antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Shamsuddin Salleh.
  • Karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air.
  • Antara novel dan cerpen yang meniup kesedaran kebangsaan ialah :
 (NOVEL)  Syed Syeikh Al-Hadi - Hikayat Faridah Hanum                                                      
Ahmad Rashid Talu - Iakah Salmah?
Harun Aminurrashid - Melor Kuala Lumpur
Ishak Haji Muhammad - Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela  Gila
Abdul Kadir Adabi - Melati Kota Bharu
 (PUISI)       Harun Aminurrashid - Tenaga Kaumku, Rayuan Bangsa Mu,  Perwira Melayu
Abdul Samad Ahmad - Serunai Pujanggan, Kapal Tiada Nakhoda, Hari Kejatuhan Kita
Muhammad Yusuf Harun - Dunia Yang Fana, Di Lautan Seberang 
Omar Mustaffa - Bangkitlah
(CERPEN)   Abdul Rahim Kajai - Cerita Awang Putat
Ishak Haji Muhammad - Rumah Besar Tiang Sebatang
Shamsudin Salleh - Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang, Siasat Yang Tiada Diminta

No comments:

Post a Comment