Tuesday, November 9, 2010

5.3 – SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah

1.      Tujuan utama SBUB menguasai Sabah adalah untuk mendapatkan kekayaan hasil bumi negeri Sabah.

2.       Oleh itu, SBUB mengeksploitasi kekayaan hasil tradisional Sabah seperti sarang burung, sagu, rotan, pokok lanut, trepang dan sirip ikan yu.

3.      Selain itu, SBUB turut menguasai aktiviti pertanian, pembalakan dan perlombongan bagi mengaut keuntungan.

4.      SBUB juga mengenakan cukai ke atas hasil yang diperoleh oleh penduduk tempatan.

Hasil Tradisional Menyumbang Kewangan SBUB.

1.      Sarang Burung

a)     Sarang burung adalah hasil eksport tradisional SBUB yang menguntungkan.
b)     Pada tahun 1926, eksport sarang burung Sabah mencapai nilai 125 000 dolar.
c)      Pengusaha terpaksa menggunakan tangga dan galah untuk mendapatkan sarang burung yang terletak di dinding gua yang tinggi.
d)     Setelah memperolehnya, sarang burung itu dibersihkan dan dibungkus untuk dieksport.

2.      Pokok Lanut

a)     Pokok lanut juga dikenal sebagai abaka, manila hemp, atau musa textiles.
b)     Pokok ini hidup meliar di kawasan pamah dan lembah.
c)      Gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal untuk dieksport ke Eropah

3.      Pokok Sagu

a)     Pokok sagu juga dikenal sebagai rumbia.
b)     Sagu merupakan tanaman tradisional Sabah yang hidup subur di kawasan berpaya seperti di muara sungai.
c)      SBUB menggalakkan penduduk tempatan mengusahakan sagu, kerana sagu mendapat  harga yang tinggi di pasaran dunia.
d)     Sagu mentah Sabah dieksport ke Singapura dan Eropah.
e)     Eksport sagu oleh Sabah pada tahun 1888 bernilai 93 433 dolar.

4.      Hasil Laut

a)     SBUB jugs menggalakkan penduduk tempatan mencari hasil laut seperti                      trepang dan sirip ikan yu.
b)     Hasil laut ini mempunyai permintaan yang tinggi dan bahannya dieksport ke negara China.
c)      Aktiviti mencari hasil laut diusahakan oleh kaum Bajau.

Hasil Pertanian Dagangan Meningkatkan Keuntungan SBUB

1.      Tembakau

a)     tembakau merupakan tanaman dagangan yang penting, kerana mutu tembakau Sabah diiktiraf sebagai tembakau terbaik di dunia.
b)     Tembakau Sabah mendapat pasaran yang tinggu di Belanda dan Amerika Syarikat.
c)      SBUB mengecualikan cukai eksport ke atas tembakau sebagai langkah untuk menggalakkan penduduk tempatan menanam tembakau.
d)     Antara kawasan penanaman tembakau ialah Pulau Bangi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau, dan Sandakan.
e)     Menjelang tahun 1890, terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah.
f)        Pada tahun 1902, hasil eksport tembakau Sabah mencecah nilai lebih daripada dua juta dolar.

2.      Getah

a)     Selain tembakau, getah juga merupakan tanaman dagangan yang penting bagi Sabah.
b)     Pembinaan landasan kereta api telah menggalakkan pembukaan ladang-ladang getah di Beaufort, Jesselton, dan Tenom.
c)      Untuk menggalakkan penanaman getah, SBUB telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan keistimewaan seperti:

# Memberi empat peratus dividen kepada pengusaha getah.
# Pengusaha diberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.
     
d)     Buruh dibawa dari China dan Jawa untuk mengusahakan ladang getah.

3.      Pembalakan

a)     Sabah kaya dengan kayu balak yang bermutu seperti, seraya, ramin, kapur belian dan meranti.
b)     Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau.
c)      Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor ini.
d)     Hasil balak Sabah dieksport ke China, Singapura, Britain, dan Australia melalui pelabuhan Sandakan.

Perlombongan Menguntungkan SBUB

1.      SBUB turut mengeksploitasi kekayaan bahan galian di Sabah.
2.      Perlombongan seperti emas, arang batu, dan mangan telah diusahakan.
3.      Pada tahun 1886, lombong emas telah diusahakan olah orang-orang Cina di Sungai Segama.
4.      Arang batu pula dilombong di Labuan dan Silimpopon, iaitu kawasan longgokan arang batu terbesar di Asia Tenggara.
5.      Perlombongan arang batu diusahakan oleh Syarikat Howie Harbour Coal.
6.      Mangan pula diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration dan dieksport ke Britain.







No comments:

Post a Comment