Tuesday, November 9, 2010

5.4 – Perubahan Sosial SBUB Di Sabah

1.      Berikutan perkembangan ekonomi di Sabah, SBUB telah membangunkan pelbagai kemudahan asas seperti landasan kereta api, jalan raya, hospital, sekolah, telegraf san sebagainya.
2.      Pembinaan kemudahan asas ini adalah untuk memelihara kepentingan SBUB di Sabah semata-mata.

Pengangkutan dan Perhubungan

1.      Landasan kereta api dibina untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan.
2.      Landasan kereta api pertama dibina di Sabah pada tahun 1896 bagi menghubungkan Weston dengan Beaufort.
3.      Pada tahun 1905, landasan kereta api ini disambung dari Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap.
4.      Jalan raya juga dibina bagi menghubungkan kawasan ekonomi dengan Bandar dan pelabuhan.
5.      Pembinaan jalan raya hanya bertumpu pada kawasan bandar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau.
6.      Pengangkutan air dan sungai juga dimajukan oleh SBUB.
7.      Pada tahun 1890, syarikat perkapalan seperti Straits Steamship telah memulakan peekhidmatan untuk mengangkut penumpang dan barangan.

Pendidikan

1.      SBUB kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan di Sabah.
2.      Sekolah-sekolah dibina oleh mubaligh Kristian untuk mengembangkan agama Kristian.
3.      Pada tahun 1883, sekolah mubaligh pertama yang dinamakan Institut Byron, telah dibina oleh golongan Roman Katolik di Sandakan. Pada tahun 1887 pula, Sekolah St. Mary telah ditubuhkan di Sandakan, Sabah.
4.      Jabatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1909 untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah.
5.      Menjelang tahun 1939, terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan bilangan muridnya seramai 3700 orang.
6.      Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina untuk melatih mereka menjadi pegawai tadbir pada peringkat rendah.
7.      Sekolah Melayu pertama di Sabah dibina di Kota Belud, pada tahun 1921. Pada tahun 1924, Sekolah Bumiputera Keningau telah ditubuhkan.
8.      Pada tahun 1930, Hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang murid.
9.      Selain itu, terdapat juga sekolah Cina yang dibina oleh masyarakat cina melalui sumbangan dan bantuan saudagar-saudagar.
10. Menjelang tahun 1940, terdapat 11 000 orang murid yang mendaftar di sekolah Melayu, sekolah mubaligh dan sekolah Cina di Sabah.
11. SBUB hanya menyediakan peluang pendidikan pada peringkat rendah sahaja, kerana usaha menyediakan pendidikan dianggap tidak menguntungkan bagi mereka.
12. Selain itu, SBUB juga menghadapi masalah kewangan dalam penyediaan kemudahan pendidikan.

Kemudahan Sosial

1.      SBUB juga membina hospital untuk memberi khidmat kesihatan kepada penduduk Sabah
2.      Namun, pembinaan hospital hanya terhad pada kawasan-kawasan Bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Beaufort dan Kudat.
3.      Menjelang tahun 1940, terdapat sembilan buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah.
4.      Pusat-pusat kesihatan pula dibina di kawasan luar Bandar.
5.      Perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat Sabah ketika itu, kerana bilangan doktor tidak mencukupi.
6.      Pada tahun 1903, SBUB telah membina loji air di Koto Kinabalu untuk membekalkan air yang bersih kepada penduduk.
7.      SBUB juga memperkenalkan beberapa perkhidmatan lain untuk menjamin keselamatan. Antarnya termasuklah:

a)     Kontijen polis tempatan ditubuhkan pada tahun 1890-an.
b)     Pada tahun 1900. SBUB menubuhkan “ Skuad Terbang” yang dianggotai oleh pegawai polis tempatan untuk menjamin keselamatan.

Urbanisasi

1.      Kemajuan ekonomi dan sosial di Sabah menyebabkan kemunculan Bandar-bandar baru seperti Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau, dan Lahad Datu.
2.      Bandar-bandar baru ini kemudian berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan:-


3.      Bandar Kudat
a)     Pada tahun 1881, SBUB  menjadikan Kudat sebagai pusat pentadbiran yang pertama.
b)     Berikutan perkembangan tersebut, sebilangan kecil pedagang mula menetap dan membina kedai di Kudat.
c)      Kudat gagal menarik ramai penduduk kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai dengan kegiatan pertanian.

4.      Bandar Sandakan
a)     Bandar Sandakan diasaskan oleh William Pryer pada tahun 1879.
b)     Pryer menamakan Bandar Sandakan sebagai Elopura yang bermaksud Bandar yang cantik
c)      Pada tahun 1884, SBUB memindahkan pusat pentadbirannya dari Kudat ke Sandakan setelah Kudat didapati tidak sesuai menjadi pusat pentadbirannya.
d)     Bandar Sandakan berkembang pesat kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran, pusat pembalakan dan pelabuhan antarabangsa.

5.      Bandar Jesselton
a)     Bandar Jesselton diasaskan oleh Charles Jesseel pada tahun 1900.
b)     Nama asalnya ialah Jessel Town, sempena nama pengasasnya.
c)      Nama Jessel Town digunakan sebelum disingkatkan menjadi Jesselton.
d)     Bandar Jesselton juga dikenal sebagai Api-api, Singga Mata dan Diasuka.
e)     Pembinaan landasan kereta api dan perkembangan tanaman getah telah menjadikan Bandar Jesselton berkembang menjadi pesat.
f)        Bandar Jesselton juga merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan Sabah yang penting.
              

No comments:

Post a Comment