Monday, November 8, 2010

8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan


Latar Belakang Gerakan Islah
  • Semangat kebangsaan di Tanah Melayu ditiup oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah di Universiti Al-Azhar di Mesir pada awal kurun ke-20.
  • Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
  • Apabila kembali ke tanah air, mereka memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
  • Antara tokoh-tokoh penting dalam gerakan ini ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh al- Hadi.
Penyebaran Idea
  • Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuan melalui majalah Al-Imam.
  • Antara saranan Al-Imam ialah:
  1. Menyeru orang Melayu berpegang kepada Al-Quran dan hadis
  2. Menekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan
  3. Menitik berat akan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada sejarah
  4. Menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka
  5. Menggesa kaum wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan
  6. Mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan
  • Majalah Al-Imam dihentikan terbitannya pada tahun 1908. Perjuangan Kaum Muda diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.
  • Kaum Muda menubuhkan madrasah bagi menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan seperti
  1. Madrasah al-Masyur al-Islamiah di Pulau Pinang
  2. Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas.
  3. Madrasah al-Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak.
INFO EKSTRA : 
  • Majalah Al-Imam diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 yang bermaksud pemimpin.
  • Tujuan Al-Imam adalah untuk "... mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan...".
PELOPOR GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

1. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin
  • Dilahirkan di Sumatera pada tahun 1869 dan mendapat pendidikan di Makkah dan Universiti Al-Azhar
  • Menerbitkan majalah Al-Imam dan pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak
2. Syed Syeikh Al-Hadi
  • Dilahirkan di Melaka pada tahun 1862 dan mendapat pendidikan agama di Terenngganu dan di Pulau Penyengat, Riau.
  • Sering berkunjung ke Makkah dan Mesir bagi mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh
  • Menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara.
3. Haji Abbas Muhammad Taha
  • Dilahirkan di Singapura pada tahun 1885 dan mendapat pendidikan di Makkah
  • Dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura
  • Menerbitkan akhbar Neracha.
Tentangan dari Kaum Tua
  • Idea pembaharuan Kaum Muda mendapat tentangan daripada golongan Kaum Tua.
  • Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama.Mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.
  • Kaum Tua menerbitkan akhbar Lidah Benar dan Suara Benar untuk menentang idea Kaum Muda
  • Pertelingkahan mereka hanyalah terhadap perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam

No comments:

Post a Comment