Monday, November 8, 2010

7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah


Tentu anda masih ingat tentang pendudukan siam di kedah pada tahun 1821 . Penjajahan Siam ditentang hebat oleh rakyat Kedah .


Perang pembebasan dipimpin beberapa tokoh , antaranya :
  • Tunku Abdullah
  • Tunku Kudin ( Syed Zainal Abidin )
  • Tunku Long
  • Tunku Muhammad Saad
Perjuangan mereka telah disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris serta pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir .
Perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah .


KRONOLOGI PERISTIWA 

1821 - Seramai 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah . Mereka memusnahkan rumah ,  
           merampas barang , menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan untuk dibawa balik ke Siam  
           sebagai hamba.

1823 - Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui    
            Seberang Perai . Walaubagaimanapun , serangan itu gagal kerana British membantu Siam .

1831 - Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka . Walaubagaimanapun , British
            telah menghantar 5 kapal perang untuk mengepung perairan Kedah di mana ia telah menyebabkan   
            Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera luar . Tunku Kudin telah terkorban.

1836 - Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas , Perak tetapi British telah  
            berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.
 1838 - Kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad . Tentera 
            Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah , Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla namun 
            sekali lagi dengan bantuan British , Siam berjaya menguasai Kedah semula.

Semangat juang rakyat Kedah telah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah . Sultan Kedah telah menghantar putera baginda , Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding .

1842 - Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin namun wilayah Perlis , Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.
         

1 comment: