Tuesday, November 9, 2010

3.2 Penasihat British Mengancam Kedaulatan NNMU

Melalui Perjanjian Bangkok, British berjaya meluaskan kuasanya di Negeri-Negeri Melayu Utara. Oleh itu, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menerima Penasihat British. Penasihat British akan memberikan nasihat dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Perubahan pentadbiran dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British telah menggugat kuasa raja-raja di Negeri-Negeri Melayu Utara.

Penasihat British di Kedah
Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktirafkan perjanjian Bangkok dan baginda enggan menerima Penasihat British. Walaubagaimanapun, British tetap melanik George Maxwell sebagai Penasihat British pada tahun 1910.
George Maxwell mengambil langkah mengukuhkan kuasa dengan menyerapkan sistem pentadbiran Barat dalam pentadbiran Kedah. Tindakan beliau menimbulkan konflik dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri yang dipimpin oleh Tunku Mahmud.

Usaha Tunku Mahmud mengekalkan identiti negeri Kedah
  • Menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.
  • Surat rasmi tidak perlu ditapis.
  • Penggunaan kalender Hijrah.
  • Cuti umum pada hari Jumaat.
  • Keutamaan melantik orang Maleyu dalam pentadbiran
Usaha George maxwell menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah
  • Menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan surat rasmi dan perundangan
  • Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
  • Penggunaan kalendar Masihi
  • Cuti umum pada hari Ahad
  • Pelantikan pegawai British dalam pentadbiran Kedah


 Tunku Madmud telah berjaya mengekalkan identiti negeri Kedah melalui tindakan mahkamah. Beliau menentang tindakan Geoge Maxwell menghiburkan bendera Union Jack di kediamannya.







Penasihat British di Perlis
Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan negeri baginda kepada British. Baginda enggan menerima Penasihat British tetapi British tidak menghiraukannya. Kapten Meadowe Frost telah dilantik sebagai Penasihat British. Beliau mengukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang dan memperkenalkan jabatan baru. Jabatan tersebut ialah Jabatan Hasil dan Cukai Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi. Beliau juga menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Penasihat British di Kelantan 
Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British bagi menempatkan penasihat British di Kelantan. J.S Mason telah dilantik sebagai Penasihat British. Pada tahun 1915, kuasa mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British. British juga berjaya menguasai jabatan penting seperti mahkamad Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah. Pentadbiran Kelantan akhirnya tertakluk di bawah cengkaman British.

"Maka pada fikiran beta adapun pada masa kiraan dahulu-dahulu dengan negeri Melayu itu kerajaan Inggeris tidak beroleh sekali-kali masuk campur di dalam apa-apa perkara negeri Melayu itu jika tidak tuan yang empunya negeri itu meminta dilakukan seperti maka sekaran ini beta sekali lahi dengan waris-waris negeri ini harap yang tidak ada hajat mengubah peraturan di dalam Negeri Kelantan serta harap tidak ada hajat meletakkan seorang wakil menduduki di dalam negeri kita ini juga sebelum lagu terlebih dahulunya diselesaikan apa-apa kiraan dengan beta".
Sebahagian  daripada terjemahan surat bantahan Sultan Muhammah IV kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura tentang penyerahan negeri Kelantan kepada British yang terkandung dalam Perjanjian.

Penasihat British di Terengganu

Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktirafkan Perjanjian Bangkok dan telah menolak pelantikan Penasihat Britsh di Terengganu. Berikutan itu, baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan. Namun demikian, pihak British tetap melantik W.L. Comlay sebagai wakil British pada tahun 1910. Bidang kuasa wakil British hanyaterhad dalam menguruskan hal elwal luar negeri Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal AbidinIII telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu.
Sultan Zainal Abidin III mengkat pada tahun 1918 dan digantikan oleh Sultan Muhammah II. British mendesak Sultan Muhammah II menandatangani perjanjian di Singapura pada thaun 1919. Melalui perjanjian tersebut, British telah melantik J.L Humphreys sebagai Penasihat British. Bagin turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.Akhirnya, British menguasai Terengganu apabila kesemua jabatan penting kerajaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya, Jabatan Tanah dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British.

  • Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing.
  • Mustahak keatas raja bermesyuarat
  • Hak raja dan mentari besar dalam memilih Jemaah Menteri
Sebahagian daripada kendungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.

Langkah British Mengukuhkan Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Utara
1897 = Perjanjian Sulit British - Siam
            British menghalang kuasa luar lain bertapak di Negeri-Negeri Melayu Utara

1902 = Perjanjian Perisytiharaan British - Siam
            British mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai wilayah Siam

1909 = Perjanjian Bangkok
            British menuasai Negeri-Negeri Utara

1910 = British menempatkan Penasihat British di Kedah, Perlis dan Kelantan

1919 = British menempatkan Penasihat British di Terengganu

6 comments:

  1. Nak tanya...

    Ada tak sebab sebab tertentu kenapa surat rasmi perlu ditapis oleh Penasihat British?

    ReplyDelete
  2. Kuasa penasihat british ni tak kuat macam residen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah perbezaannya ya?
      Saya perlukan maklumat ini untuk dimasukkan dalam tigasan Sejarah.

      Delete