Monday, November 8, 2010

7.3 Pentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngebalan

"Agi Idup, Agi Ngebalan" itulah slogan masyarakat Iban dalam mempertahankan maruah mereka. Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud "pegoncang dunia". Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban. Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahannya yang kukuh. Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap. Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Walau bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap telah diabadikan di Batu Peringatan Rentap. p, pre {margin: 0;} input.blogger-ie-hack {position: absolute; left: -9999px;}hr.more {border-width:1px 0 0 0; border-style:dashed; border-color: #666; height: 8px; background:#ddd}table.tr-caption-container {padding: 6px; margin-bottom: .5em} td.tr-caption {font-size: 80%; padding-top: 4px} img {cursor: move}"Agi Idup, Agi Ngebalan" itulah slogan masyarakat Iban dalam mempertahankan maruah mereka. Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud "pegoncang dunia". Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban. Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahannya yang kukuh. Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap. Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Walau bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap telah diabadikan di Batu Peringatan Rentap. "Agi Idup, Agi Ngebalan" itulah slogan masyarakat Iban dalam mempertahankan
maruah mereka. Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British
di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asalnya ialah Libau yang
bermaksud "pegoncang dunia". Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan
pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban
sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi
pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban
di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap.

Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan
Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh.
Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban.

Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu.
Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi
kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok.Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana
kubu pertahannya yang kukuh.

Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya
menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap.
Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah,
kami tidak takut kepada kamu orang Eropah".

Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang
Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap
telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut
Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Walau
bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal
dunia.

Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan
mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap telah
diabadikan di Batu Peringatan Rentap.

2 comments:

  1. xde gmbr ker ? hehe. anyway, thanks sbb memudahkn kerja sy

    ReplyDelete
  2. thanks,mudahlah sy nak buat presentation

    ReplyDelete