Monday, November 8, 2010

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan

1. Negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan:
      -kayu kayan
      -rotan
      -damar
      -madu lebah
      -kapur barus
      -getah perca
      -getah jelutung 
2. Hasil hutan dikeluarkan secara tradisional melalui kegiatan meramu. Meramu ialah kegiatan mencari hasil hutan untuk pelbagai kegunaan
3. Kegiatan pengeluaran hasil hutan telah dijadikan bahan eksport ke
-China
-Amerika Syarikat
-Eropah
4.  Jabatan Perhutanan ditubuhkan untuk menguruskan pengeluaran dengan lebih sistematik

Damar
- diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok
- digunakan unutk menutup renggaman pada papan perahu
- dieksport unutk dijadikan varnish bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan.

Getah perca
- diperoleh daripada pokok getah perca
- digunakan unutk alatan membedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf.

Getah jelutung
-dijadikan ramuan getah pengunyah dan pelekat dalam industri gigi palsu

Rotan
- dieksport ke China
- kegunaan ialah bakul, tikar, tongkat, tangkai paying dan perabot.

Pembalakan
- dieksport ke China dan Britain
- kayu balak ialah cengal, meranti dan keruing.
- digunakan sebagai bahan binaan, perabot dan perahu
- british kenalkan perlesenan kilang papan untuk mengawal pembalakan

5. British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan seperti
- perlombongan    - perladangan  - perdagangan

6.  British mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional yagn dijalankan oleh orang melayu di luar bandar.

Dwiekonomi
7. Ekonomi tradisonal
-bercorak sara diri
-dijalankan oleh puenduduk tempatan khususnya orang melayu di luar bandar
-tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan
-menggunakan alatan tradisional
-tidak menggunakan buruh yang ramai
-melibatkan modal yang kecil

8. Ekonomi dagangan
-berorientasikan eksport
-dikuasakan oleh syarikat asing khususnya Eropah
-tertumpu pada perlombongan bijih timah dan getah
-menggunakan teknologi moden
-melibatkan tenaga buruh yang ramai
-melibatkan pelaburan modal yang besar.

8 comments: