Monday, November 8, 2010

8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan


1. Turki
  • Gerakan kebangkitan Islam di Timur Tengah berlaku pada akhir kurun ke-19.
  • Kebangkitan ini disebabkan kuasa-kuasa Barat telah memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah.
  • Kehadiran pengaruh Barat di Turki telah menncetuskan gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat.
  • Gerakan tersebut telah menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah, India, dan Asia Tenggara untuk menentang penjajahan kuasa asing.
2.  Mesir
  • Penjajahan British terhadap Mesir pada tahun 1882 telah mencetuskan Gerakan Islah.
  • Gerakan ini dipelopori oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh dan tersebar melalui pelajar yang menuntut di Mesir selepas pulang ke tanah air.
  • Gerakan Islah dikenali sebagai gerakan pemulihan Islam ialah gerakan yang menyeru umat Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al- Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan.
  • Gerakan ini juga menyeru umat Islam bersatu untuk menentang penjajahan Barat di negara Islam. 
  • Perkembangan di Mesir turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
3. Jepun
  • Pada tahun 1905, Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia- Jepun.
  • Buat pertama kali dalam sejarah moden, sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah.
  • Kejayaan itu telah memberi inspirasi kepada negara-negara Asia untuk menentang penjajahan Barat.
4. Revolusi China pada tahun 1911
  • Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China bagi menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan Republik China.
  • Kejayaan Revolusi tersebut membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.
5. Gerakan Kebangsaan Filipina.
  • Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol.
  • Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk:
  1. Memajukan orang Filipina.
  2. Menuntut penjajah Sepanyol memberi layanan yang adil kepada rakyat.
6. Gerakan Kebangsaan di India
  • Gerakan kesedaran kebangsaan d India dipimpin oleh Mahatma Gandhi.
  • Gerakan bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.
7. Gerakan Kebangsaan di Indonesia.
  • Soekarno memimpin Parti Nasional Indonesia unutuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda.
  • Perjuangan telah merangsang penduduk Tanah Melayu menentang penjajahan British.

No comments:

Post a Comment