Monday, November 8, 2010

6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan

Galian di Tanah Melayu

Emas
Pahang 
Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang terbesar di Tanah Melayu

Arang Batu
     Selangor
     Lombongan di sekitar Batu Arang

Bauksit
     Johor, Melaka
    Bukit Pasir , Teluk Ramunia , Teluk Emas

Biji Besi
     Terengganu, Pahang
     Bukit Besi, Rompin

Ilmanit
   Perak
     Merupakan hasil sampingan bijih timah
     Batang Padang merupakan pengeluar utama ilmanit


Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

   1. Masyarakat Melayu melombong bijih timah secara tradisional engan menggunakan kaedah melampan dan mendulang 
                 2. Pembesar Melayu memajakkan kawasan lombong di daerah tersebut kepada pelombongan Cina dan Eropah
   3. Pelombong Cina meggunakan kaedah lombong dedah, pam kelikir dan palung
    4. Permintaan terhadap bijih timah meningkat dengan mendadak kerana perkembangan industri mengetin makanan di Eropah
   5. Tanah Melayu muncul sebagai pengeluaran bijih timah yang utama di dunia
   6. Kapal korek digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
     7. Melalui kaedah tersebut, pelabur-pelabur Eropah telah mula mengambil alih penguasaan pengeluaran bijih timah daripada pelombongan Cina
   8. Harga bijih timah mula mengalami kejatuhan kerana berlakunya kemelesetan ekonomi dunia
     9. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa telah ditandatangani pada tahun 1931 bertujuan mengatasi kejatuhan harga logam tersebut
    10. Tanah Melayu kekal menjadi pengeluaran bijih timah utama dunia hingga tahun 1970

No comments:

Post a Comment