Tuesday, November 9, 2010

1.5 PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU


1.Langkah Raffles membuka petempatan di Singapura dipertikaikan oleh Belanda.

2.Belanda mendakwa Singapura terletak di bawah lingkungan pengaruhnya.

3.Belanda juga bimbang perkembangan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan akan
   menjejaskan perdagangan di Betawi.

4.Pertikaian ini mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda kerana British enggan
   menyerahkan Singapura kepada Belanda.

5.British yakin bahawa Singapura berpotensi untuk memenuhi keperluan sebagai pangkalan
   tentera British di Gugusan Kepulauan Melayu.

6.British juga yakin Singapura berpotensi untuk berkembang menjadi pelabuhan bebas.

7.Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga  dikenali
   sebagai Persetiaan London.

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN PERSETIAAN LONDON(PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA)1824
>Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
>Belanda bersetuju tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
>British bersetuju menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda,sementara Belanda bersetuju
  menyerahkan Melaka kepada British.
>British berjanji tidak akan membuka petempatan baru di selatan Singapura.

8.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membawakan beberapa kesan.Antaranya termasuklah:
   -Akibat daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua
    kawasan pengaruh,iaitu:
    (i)Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British.
    (ii)Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.
   -Keadaan ini membolehkan British meluaskan pengaruhnya ke Semenanjung Tanah Melayu
    tanpa sekatan daripada Belanda.
   -Akibat daripada perjanjian ini juga,British memiliki satu lagi petempatan di Semenanjung
    Tanah Melayu.
   -Penyerahan Melaka kepada British membolehkan British menguasai laluan perdagangan di
    Selat Melaka.
   -Akibat daripada pembahagian lingkungan kawasan pengaruh British  dan Belanda,kerajaan
    Johor berpecah kepada dua,iaitu Johor dan Singapura di bawah lingkungan pengaruh
    British,manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah lingkungan pengaruh Belanda.
   









  

1 comment: