Monday, November 8, 2010

6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

Kemasukan Buruh Luar
-  Buruh Cina
-sistem kontrak
-majikan yang membawa masuk
-tambang perjalanan dibayar oleh majikan
-majikan menyediakan kemudahan asas
-orang Cina bekerja untuk majikan hingga hutang tambang dilangsaikan
-selepas kontrak tamat, mereka bebas bekerja

-  Buruh India
-sistem kangani
-kangani ialah penyelia/ketua pekerja di ladang getah
-kangani menguruskan tambang perjalanan buruh
-kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dibawa masuk
-mereka di bawah jagaan kangani
-mereka bekerja hingga hutang dilangsaikan

Pengenalan Kaum - Ekonomi

Kaum
Tempat Tinggal
Kegiatan Ekonomi
Melayu
-Desa
-Luar Bandar
-Petani
-Nelayan

Cina
-Lombong
-Bandar
-Melombong Bijih Timah
-Peniaga

India
-Ladang Getah
-Pekerja Ladang


Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan

1.  Perkembangan ekonomi menimbulkan masalah kesihatan
2.  British telah mendirikan hospital dan pusat perubatan serta Institut Penyelidikan Perubatan
3.  Hospital kerajaan didirikan di Kuala Lumpur, Taiping dan Pulau Pinang
4.  Pusat kesihatan kecil didirikan di Perak, Selangor, Pahang dan  Negeri Sembilan
5.  Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar
Kemunculan Bandar Baru

Ipoh
Taiping
Kuala Lumpur
     Terletak di Lembah Kinta
     Dibuka sejak kurun ke-16
     Tumpuan Pelombong Cina 
     Berkembang menjadi bandar sibuk
     Ibu negeri Perak
     Terletak di daerah Larut
     Nama asal ialah Kelian Pauh
     Orang Cina dibawa masuk untuk mengembangkan perlombongan timah
   Taiping bermaksud kedamaian abadi
     Kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang berlumpur
     Cina dibawa masuk
·  Berkembang dari kampung kepada perlombongan timah
     Ibu negeri Selangor pada 1880
     Pusat pentadbiran NNMB pada 1896

Perkembangan Pendidikan - Melayu

1.  Sistem pendidikan vernakular diwujudkan
2.  Semasa pemerintahan British, pendidikan sekular diajar kepada anak petani dan nelayan melalui penubuhan sekolah Melayu
3.  Mereka diajar menulis, mengira, membaca, ilmu geografi dan seni pertukangan
4.  Sekolah Melayu memberi pendidikan hingga darjah enam
5.  Sekolah awal Melayu yang dibuka ialah Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas
6.  Tujuan sekolah Melayu adalah untuk menjadikan orang Melayu petani dan nelayan
7.  Lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan mengambil jawatan yang rendah di jabatan kerajaan
8.  Mereka juga berpeluang meneruskan pelajaran di maktab :
 > Maktab Perguruan Melaka (1900)
 > Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak (1922)
 > Maktab Perguruan Melayu Melaka (1935)

Perkembangan Pendidikan - Cina

1.  Diusahakan sendiri oleh orang Cina
2.  Tertumpu di bandar
3.  Pada awalnya, pelbagai loghat Cina(Teochew, Hokkien, Kantonis, Hakka) digunakan
4.  Sesetengah sekolah Cina menyediakan pendidikan ke peringkat menengah
5.  Menggunakan buku dan sukatan pelajaran dari China
6.  Guru juga dibawa dari China
7.  Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920 diperkenalkan untuk mengawal sekolah-sekolah Cina

Perkembangan Pendidikan - Tamil

1.  Diusahakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan India
2.  Tertumpu di ladang getah
3.  Sukatan pelajaran dan buku dari India
4.  Guru dibawa dari India
5.  Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh diperkenalkan yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
6.  Sekolah India ialah Sekolah Vivekananda

Perkembangan Pendidikan - Inggeris

1.  Mula dibina di NNS iaitu Penang Free School dan Malacca Free School
2.  Menyediakan pendidikan hingga peringkat menengah
3.  Sukatan pelajaran mengikut pendidikan di England
4.  Lulusan sekolah Inggeris berpeluang menjawat jawatan baik dalam perkhidmatan kerajaan
5.  Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada 1905











No comments:

Post a Comment