Tuesday, November 9, 2010

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

PENGENALAN

1.   Johor merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima Penasihat British.
2.      Pemerintahan Johor telah berjaya mengekalkan kedaulatan negerinya melalui beberapa langkah yang telah diambil. Langkah – langkah tersebut termasuklah
a)      Menjalin hubungan persahabatan dengan pihak British
b)      Pengenalan sistem biokrasi moden dalam pentadbirannya.

Temenggung Daeng Ibrahim pemimpin berwibawa
1.      Daeng Ibrahim menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman sebagai Temenggung Johor pada tahun 1825
2.      Beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali
3.      Melalui Perjanjian Persahabatan tahun 1855 , Sultan Ali telah melantik Temenggung Ibrahim sebagai pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang.

Isi kandungan Perjanjian Persahabatan Tahun 1855
·  Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran tersebut tidak boleh diwariskan kepada keturunannya
·        Baginda hanya berkuasa di daerah Kesang
      
1.      Banyak kemajuan telah dicapai semasa pemerintahan Temenggung Daeng Ibrahim. Beliau berjaya
a)      Menjadikan Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran negeri Johor
b)      Memperkenal Sistem Kangcu yang bertujuan menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan ladang  lada hitam.




INFO ARKIB
  • Pada tahun 1833,telah diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim
  • Kangcu dalam bahasa Cina bermaksud Tuan Sungai
  • Orang Cina diberi surat kebenaran atau Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di kawasan tebing sungai
  • Kawasan pertanian dikenali sebagai Kangkar atau Kaki Sungai
  • Setiap Kangkar akan diketuai oleh Kangcu yang bertanggungjawab  memungut cukai  dan menjaga keamanan
  • Lada hitam dan gambir merupakan tanaman utama di kawasan ini
  • Cukai tanaman ini merupakan sumber pendapatan bagi kerajaan Johor



Sultan Abu Bakar “Bapa Pemodenan Johor” (1862- 1895)
    1. Sultan Abu Bakar menaiki taktha pada tahun 1862, menggantikan ayahandanya Temenggung Ibrahim
    2. Baginda akan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
    3. Baginda sering melawat England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik untuk membangunkan Johor.
    4. Baginda melakukan beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Johor.
    5.  Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh pihak British melalui Perjanjian  Persahabatan pada tahun 1855.
    6. Melalui pengiiktirafan tersebut, Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor serta mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura
    7. Maharaja Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi.
    8. Kedaulatan negeri Johor berjaya dipertahankan oleh  Sultan Abu Bakar apabila baginda hanya bersetuju menerima seornag pegawai British bertaraf Konsul bukannya Penasihat British
    9. Baginda turut  mengisyitiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor sebagai perlembagaan negeri pada tahun 1895.
    10. Perubahan yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar dalam bidang pentadbiran dan pembangunan negeri menyebabkan baginda digelar Bapa Pemodenan Johor.
    11. Sultan Abu Bakar digantikan oleh anakanda baginda iaitu, Sultan Ibrahim.

Pembahuruan Sultan Abu Bakar di Johor
·        Membangunkan Johor mengikut sistem pentadbiran Barat
·        Mengadakan mahkamah , perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya
·        Membina sekolah, hospital dan jalan raya untuk kemudahan rakyat
·        Menubuhkan pasukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan
·        Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir di dunia melalui pelaksanaan Sistem Kangcu



Keistimewaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
·        Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing
·        Pembentukan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
·        Orang Melayu hendaklah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Menteri yang berfugsi menasihati Sultan Mentadbir negeri
·        Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah dianggotai oleh rakyat Johor dan berperanan menggubal undang-undang negeri.

Pemimpin Johor Berwibawa



1.      Pemodenan dan pembangunan negeri Johor adalah hasil persepakatan antara Sultan dengan para pembesarnya.
2.      Pembesar-pembesar yang memainkan peranan dengan berkesan bagi memastikan kemajuan negeri Johor ialah  Dato’ Jaafar bin Muhammad, Dato’ Abdul Rahman bin Andak , Dato’ Muhammad Salled bin Perang dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
3.      Kewibawaan pembesar-pembesar ini telah menyebabkan British tiada lagi alas an untuk campur tangan.

Dato' Jaafar bin Muhammad

1. Beliau ialah Setiausaha kerajaan Johor (1868) dan Menteri Besar Johor yang pertama (1882-1919).
2. Beliau digelar sebagai Datuk Bentara.
3. Beliau telah mewajibkan semua pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.
4. Beliau telah mengarahkan bendera Union Jack, iaitu bendera British, dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.
5. Pengunaan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi ke pejabat kerajaan diwajibkan untuk mermatabatkan bahasa ini.

Dato' Abdul Rahman bin Andak

1. Beliau ialah Setiausaha Sulit Kerajaan Johor (1885) dan Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909).
2. Beliau digelar sebagai Dato' Seri Amar Diraja.
3. Beliau berperanan dalam hal ehwal luar negeri dan bertanggungjawab mengawal hubungan Johor dengan British.
4. Beliau merupakan perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 yang merupakan badan persuratan yang terulung di tanah air pada masa itu.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang

1. Beliau telah memegang jawatan Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah.
2. Sebagai Pesuruhjaya Polis, beliau bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negeri.
3. Beliau telah melukis peta pembangunan negeri Johor.
4. Beliau digelar sebagai Dato' Bentara Luar.


Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi

1. Beliau merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama (1883).
2. Sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Johor, beliau telah mendirikan banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat Johor.
3. Beliau digelar sebagai Dato' Bentara Dalam dan Bapa Pendidikan Melayu Johor.
4. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama (1893).

Johor di ambang penjajahan British

1.      Walaupun mengiktiraf negeri Johor sebagai negeri berdaulat , kebimbingan terhadap kemaraan kuasa Barat lain telah menyebabkan British bertekad untuk menguasai pentadbiran Johor
2.      Antara strategi yang diambil oleh pihak British untuk mengukuhkan pengaruhnya di Johor termasuklah
·        Mengawal hal ehwal luar Johor melalui Perjanjian Persahabatan tahun 1885,
·        Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor
3.      Lembaga penasihat johor menasihati Sultan Johor  agar meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-Negeri Selat untuk kos pembinaan landasan kereta api dari Johor ke Singapura.
4.      Dato’Abdul Rahman bin Andak dapat mengesan taktik pihak British untuk menguasai kewangan Johor melalui pinjaman tersebut.
5.      Tindakan beliau menasihati Sultan Johor agar menolak tawaran pinjaman tersebut telah menimbulkan kemarahan pihak British.
6.      Pada tahun 1907, John Anderson, Gabenor Neger-Negeri Selat pada ketika itu telah menasihati Sultan Ibrahim agar menghantar Dato’ Abdul Rahman bin Andak  ke London untuk dibesarakan
7.      Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang-Undang Tubuh Kerjaan Johor untuk membolehkan pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
8.      Pada tahun 1914, Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat British yang pertaman di Johor.

1 comment:

  1. poin4d

    Ayo segera
    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    ★ Pin BBM : D1A279B6
    ★ Pin BBM : 7B83E334
    ★ Whatsapp : +85598291698
    ★ Skype : Poin.4D
    ★ Line : +85598291698

    ReplyDelete