Monday, November 8, 2010

8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan


Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu
  • Golongan intelektual berpendidikan Melayu terdiri daripada lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
  • Mereka berganding bahu bersama golongan cerdik pandai agama dalam menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan petadbiran.
  • Antara tokoh nasionalis yang berpendidikan Melayu  ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaakob dan Ahmad Boestamam.
  • MPSI disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalisme oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia (1971-1976) semasa merasmikan Jubli Emas MPSI pada tahun 1973.
Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris
  • Cara golongan ini ialah:
  1. Berjuang menggunakan sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.
  2. menubuhkan persatuan.
  3. menggunakan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
  • Antara tokoh golongan ini ialah:
       I. Raja Chulan
Berpendidikan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1924, dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Menggesa British meningkatkan taraf ekonomi Orang Melayu. Menggesa juga British menambah peluang orang Melayu menceburkan diri dalam perkhidmatan kerajaan.
      II. Mohammad Eunos Abdullah
Berpendidikan di Raffles Instituition, Singapura. Merupakan orang Melayu Pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat. Pernah bertugas sebagai Pengarang Akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura pada tahun 1926.
    III. Dato' Onn Jaafar
Berpendidikan Inggeris di England dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad. Dilantik sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor pada tahun 1936.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment